- Worldwide fertilizers giat menjalankan ujian keberkesanan
produk Zeo G5 melalui kawasan tanaman kelapa sawit. Ianya
melibatkan kawasan di Semenanjung Malaysia dan juga di
negeri Sabah. Zeo G5 terbukti berkesan keatas pelbagai
struktur tanah dan juga mampu merangsang pertumbuhan,
kesuburan serta pengeluaran di tapak ujiannya.
- Worldwide fertilizers amat peka terhadap industri
getah Negara. Komuditi ini adalah penyumbang eksport
Negara sejak dahulu lagi. Tanaman getah amat memerlukan
penjagaan dengan pembajaan berkala bagi memastikan
tanaman mampu menghasilkan susu getah yang pekat dan
bermutu. Zeo G5 Fertilizer telah diuji terhadap pokok
getah dari peringkat semaian hingga ke peringkat dewasa.
Hasil dari ujian tersebut ternyata Zeo G5 dapat
merangsang pertumbuhan pokok dengan baik. Manakala pokok
dewasa pula didapati lebih produktif dalam pengeluaran
susu getah disamping memiliki kulit yang lembut.
- Worldwide Fertilizers memandang serious terhadap
kualiti padi Negara. Sember makanan asasi ini perlu
dipelihara kualiti pengeluarannya dari pencemaran yang
disebabkan kesan kimia semasa proses tanaman dilakukan.
Penggunaan Zeo G5 yang berunsurkan organik dalam
industri pertanian padi dilihat dapat mengurangi risiko
pencemaran kimia. Selain dari itu, penggunaan Zeo G5
telah dapat berfungsi dengan baik dalam usaha merawat
tanah sawah yang kian hilang kesuburannya seperti gejala.
- Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak
berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
- Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun. Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
- Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
- Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat
daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun
masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
- Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.
- Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
- Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
- Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.