Khazanah Alam Anugerah Yang Maha Esa
ZEO G5 Fertilizer
Maklumat Produk ZEO G5
ZEO G5 fertilizer
Komponen terpenting di dalam ZEO G5 fertilizer adalah zeolite dari kumpulan “clinoptilolite”.
Bahan mineral ini adalah terhasil daripada bahan organik lumpur gunung berapi yang telah di iktiraf kualitinya oleh MARDI serta MPOB.Bahan mineral organik ini amat bersesuaian untuk sektor pertanian,penternakan dan rawatan air.
Fungsi dan kebaikan ZEO G5 fertilizer pada tanaman kelapa sawit
Memperbaiki persekitaran tanah yang memudahkan interaksi atau tindakbalas di antara air,udara dan cirri-ciri biologi tanah dengan akar tanaman.
Memperbaiki ciri-ciri
a) Ciri Fizikal - pengudaraan dan kelembapan.

b) Ciri Kimia - pH & KPK ( keupayaan penukaran kation )

c) Ciri Biologi - system kehidupan di dalam tanah.
Bertindak sebagai Pusat Pengumpulan Nutrien untuk tanaman
a) ZEO G5 fertilizer di cas semula dengan Nutrien dalam tanah setelah Nutrien diserap tumbuhan.

b) Mengurangkan keperluan baja,pelepasan Nutrien secara perlahan-lahan dan meminimakan hakisan.
Mengoptimakan keadaan tanah (Fizikal,Kimia & Biologi) bagi memaksimakan pertumbuhan tanaman.

Membekalkan unsur-unsur makanan dengan lebih tepat dan berkesan.

Memaksimakan penggunaan baja oleh tanaman kearah peningkatan hasil.

ZEO G6 Fertilizer

 

PENGENALAN
  • Proses peningkatan hasil pertanian haruslah melalui peningkatan kecekapan penggunaan sumber alam khususnya tanah dan air. Ianya boleh dicapai melalui motivasi saintifik seperti dalam bidang pembiakbakaan tanaman, mekanisasi rekabentuk ladang, infrastruktur, peningkatan kualiti pengurusan ladang, penggantian tenaga buruh dengan mekanisma automasi, penggunaan sistem pengairan moden, amalan kawalan serangga perosak dan rumpai yang berkesan serta penggunaan baja.
PERTANIAN MASA DEPAN ERA BIOTEKNOLOGI
  • Dalam bidang pertanian berasaskan bioteknologi, penggunaan baja bersifat organik menjadi salah satu langkah alternatif dan juga suatu kemestian dengan mengetepikan elemen-elemen yang berkaitan dengan kimia berbahaya. Penggunaan baja organik adalah selamat dan memberi impak yang cukup maksima terhadap penghasilan tanaman samada dari segi kuantiti mahupun kualitinya.
KEPELBAGAIAN BAJA ORGANIK
  • Baja organik sebatian yang dicampur unsur-unsur seperti boron, manganese dan sulfat.
  • Baja organik yang diproses dari sumber asli dalam bumi seperti ZEOLITE, Asid Humic dari arang batu fosfat larut serta rumpai laut.
  • Baja dari mikro organisma berkesan (EM) dan campuran humus.